November 4, 2008

..Belangsungkawa..Samad Lefthanded

..tamatnya perjalanan..23hb.Oktober 2008

..tengahari tu aku yang sedang menonton berita di TV3 dikejutkan dengan satu berita..Samad bekas gitarist Lefthanded meninggal dunia..aku agak terpaku..dalam usia yang sebegini beliau telah dijemput untuk kembali kepada Nya,siapalah kita untuk mengelak dari kententuan ilahi..when your number's up you have to go..
Aku minat Lefthanded pun kerana Samad bukan kerana nama lain yang ada dalam band itu..berbanding dengan Man Kidal bagi aku Samad lebih kreatif dan berkarisma beliau mempunyai identiti tersendiri dalam permainan nya,dan tak heran lah beliau telah pun di iktiraf di peringkat antarabangsa.Beliau sebelum ini telah beberapa kali dijemput untuk bermain dalam muzik messe di luar negara.Aku masih ingat di dalam satu Konsert Battle Of The Band yang telah diadakan di Ipoh pada tahun 80an,penyanyi Sahara Yaakob telah mengelarkan beliau sebagai Gary Moore Malaysia.Beliau juga pernah berkata tone sesebuah gitar itu penting untuk mencantikan lagu.Tone gitar dan riff beliau memang mengancam seperti yang kita dengar di dalam beberapa album Lefthanded dan juga lain lain artis yang mana beliau di jemput untuk menjadi seasonist.Album solo beliau yang bertajuk Samad telah menjemput Paul Gilbert untuk turut sama bermain dan telah memenangi bagi kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995
Sememangnya beliau memang bercita cita tinggi dan baru baru ini telah pun melancarkan sebuah VCD pembelajaran bertajuk Guitar Jamming yang dipasarkan pada Jun 2008 yang lalu untuk peminat peminat yang ingin belajar bermain gitar.Apa pun Al Fatihah buat beliau.Selamat jalan Samad

October 20, 2008

Vociferation Eternity



..bab gig kurang atau tak de langsung publisiti ni aku pun heran,ini kerana sejak dulu lagi perkara ni dah berlaku tapi knapa tak berubah gak lagi..ye la ianya saolah olah pihak yang berkenaan macam nak tak nak je organize..so bila crowd tak datang atau kurang, lain kali bila nak buat pun rasa tak nak dah sebab takut rugi..kita perlu berubah sebenarnya kerana selain buisness kita kena tunjuk pada orang luar yang scene UG ni memang meriah dan masih ada sokongan.bagi band band pun sama gak bila mereka tengok ramai crowd yang datang mereka akan lebih bersemangat lagi untuk perform..ini semua berhubung kait sebenarnya..So apa masaalahnya?Takkan gig tak de permit kot yang buatkan organizer takut nak buat flyers.Yang jelas klu ianya di buat betul2 dengan perancangan dan kebenaran pihak berwajib pasti semua akan berjalan dengan baik..

...